Thursday, January 12, 2012

Gol Gerrard Benam City

Amekaw! Sepakan penalti Gerrard gagal diselamatkan  Joe Hart.
Kapten, Steven Gerrard menjaringkan gol tunggal untuk membantu The Reds menewaskan Manchester City 1-0 pada perlawanan separuh akhir Piala Carling di Stadium Etihad.

Gerrard menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-13 selepas pemain tuan rumah, Stefan Savic mengasari Daniel Agger.

The Reds akan bertemu City lagi pada perlawanan kedua di Anfield pada 25 Januari.

Diharapkan, kemenangan ini membolehkan Liverpool memburu penampilan final pertama di Wembley selepas tewas kepada Manchester United pada 1996.

Pemenang perlawanan kedua itu akan bertemu Cardiff atau Crystal Palace pada saingan final, 26 Februari ini.

Senarai pemain yang diturunkan :
Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Kelly, Downing, Henderson, Gerrard, Spearing, Bellamy, Carroll.
Pemain gantian:
Doni, Enrique, Coates, Kuyt, Carragher, Adam, Shelvey.

0 Komen Merah:

Related Posts with Thumbnails