The Reds mara ke Suku Akhir Carling Cup 2011/2012 setelah menang 2-1 ke atas ‘Bad Boys’ Stoke City awal pagi tadi..Berbaloi jugak aku tengok..sebab memang game ni peluang terbaik nak balas dendam kat Stoke masa EPL tempoh hari..apatah lagi bermain di Britannia Stadium..YESSS!
Macam biasa..sebelum aku komen..aku ingatkan aku takde tauliah dalam menganalisis game bolasepak..hehehe..jadi apa korang nak kata pun aku tak kisah..
![]() |
Cheers! Kenny Dalglish congratulates his double goal scorer Luis Suarez |
Liverpool vs Stoke
Ok..jom kita start..
Kalau hujung minggu lepas King Kenny tidak menurunkan Defensive Midfielder..tapi kali ini kejutan berlaku..Jay Spearing & Lucas diturunkan bersama-sama..tindakan ini adalah ‘Play Safe’ daripada King Kenny kerana berdepan dengan team yang lasak dari pelbagai aspek.. huhuhu..so..semalam tiada Attacking Midfielder ok..
Untuk lakukan serangan dari tengah..aku memang yakin Spearing & Lucas boleh buat sesuatu yang kreatif…dan terbukti mereka berjaya..bahagian tengah memang solid! Maxi dan Henderson pula diberikan arahan untuk banyak membantu bahagian atas sambil sesekali turun bahagian bawah..(serangan The Potters tak la hebat mana pun..)
Yang menarik..King Kenny menyenaraikan semua pemain tinggi lampai dalam 1st Eleven seperti Martin Kelly..Agger..Coates & Carroll..ini adalah bagi membantu Reina dalam perebutan bola tinggi melalui ‘Throw in’ maut dari Rory Delap…nasib baik Peter Crouch masuk di hujung-hujung game..
Dan yang lebih menarik..Liverpool menggunakan khidmat Agger untuk melakukan ‘Throw in’ yang sama bagi mengasak kubu Stoke..hehehehe..not bad..
Finally..Suarez Berjaya score 2 bijik..gol pertama memang cantik..sendiri tengok la.. fakta:Pemain paling banyak offside semalam adalah Suarez..hehehehe…
Apa-apa pun aku puas hati dengan player tumpuan aku iaitu Sebastian Coates..bijak baca hantaran bola dari pihak lawan..good job..
Gol Stoke City pun bukan sebab salah beliau..sebenarnya Coates telah ditolak dari belakang oleh Walters..Coates juga hampir-hampir mendapatkan sepakan penalti untuk The Reds kerana ditarik oleh Woodgate..namun refree buat-buat tak nampak..

2 Komen Merah:
yg penting liv mara to QF yahoooooooooo
dendam tercapai akhirnyer...
felicidad suarez!
aku rasa goal stoke tu bukan sebab coates kena tolak, tapi dia nak tunggu bola tu keluar line sampai tak perasan walter ada kat belakang.
aku rasa memang salah kecuaian dia, tapi, biasa la tu dia still muda,belum experienced mcm agger
Post a Comment