“Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya”
Itu yang membuatkan dia berpatah balik dari meraikan bersama penyokong Malaysia.siapa yang tak patriotik sekarang?seluruh peminat bersorak meraikan jaringan tersebut tetapi dia seakan-akan tak menghargai peminat Malaysia hanya sebab memakai jersi Liverpool.
Pada 18 Julai Safee keluarkan kenyataan mohon maaf seperti berikut:
Sementara itu, Safee turut terpanggil untuk mengulas mengenai rasa kurang senang sebahagian penyokong kebangsaan dengan kenyataannya bahawa semangat Manchester United menjadi faktor dia beraksi cemerlang ketika berdepan Liverpool, sekali gus meletakkan dirinya dalam situasi bahawa dia bermain demi kelab Inggeris itu.
"Saya hanya bergurau ketika saya cakap bahawa Manchester United adalah inspirasi saya, ia tidak membawa sebarang maksud yang serius. Sudah tentu saya bermain demi maruah Malaysia dan saya bangga menyarung jersi Malaysia.. Saya akui, saya peminat setia United, tetapi saya tetap pemain Malaysia.
"Saya minta maaf kerana kenyataan saya ini menyinggung peminat Malaysia, saya tidak sangka gurauan saya dengan wartawan telah ditukar menjadi bahan berita,'' ujar Safee.
Perlawanan 16 Julai tempoh hari adalah kunjungan kalipertama Liverpool FC selepas beberapa kekangan yang kita fahami sebabnya (Carlsberg). Selama berpuluh-puluh tahun peminat LFC relaks je bila team EPL lain datang. jadi bila kali pertama LFC,jangan kecoh lebih la kata orang tak patriotik. Jadi K.rajagopal tak boleh nak kata peminat yang hadir pada perlawanan tersebut tak patriotik sebab pakai jersi Liverpool dan bukan biru. Mereka membayar tiket dan hak mereka untuk pakai jersi warna apa. Ini hanya perlawanan persahabatan. Jangan lupa juga penonton yang hadir ke perlawanan tersebut ada yang datang dari Singapura,Indonesia dan Thailand. Tak kan kita nak paksa dia pakai jersi malaysia pula kan?
Ramai yang hadir menyokong kedua-dua pasukan. Sokongan tak terbatas hanya dengan warna sahaja. Sorakan,jeritan dan tepukan juga penting. Tapi K.rajagopal agak emosi dengan warna pada hari tersebut. Mungkin juga emosi kerana jumlah peminat yang hadir tak seramai peminat Man U pada 2009. Cuba bayangkan kalau Malaysia XI vs Man U,mesti K.rajagopal tak kan emosi sebegitu rupa. Man U kan pasukan pujaan dia.
Tak kan seorang penyokong malaysia datang tengok game lawan singapura nanti pakai jersi away Arsenal (kuning),Brazil (Kuning) dan Chelsea (biru) , kita kata dia tak patriotik? Penonton tu datang dah besar rahmat.
Masa 2009,aku tak ada kata pun kata fan Man U yang datang ke stadium pakai jersi Man U tu tak patriotik sebab aku paham game tu hanya friendly. Aku hanya provoke kata Malaysia akan menang. Itu je. Ramai rakyat kat malaysia ni tak mampu nak pergi Anfield,sebab tu bila LFC datang, ni je peluang nak tengok LFC bermain secara dekat dengan kos yang rendah. Bukan sebab perasan lahir kat Liverpool ke apa. Yang kecoh bagai ni semua fan Man U je. Tu yang terhegeh-hegeh pakai jersi Man U time training. Training chelsea pun dorg sebuk nak tunjuk hebat. Bila kena togel marah. Yang datang nak lawan Malaysia tu Liverpool,Arsenal dan Chelsea, bukan Man U.
Bila aku google keyword 'manchester united asia tour 2009'. ini adalah antara hasil carian tersebut. Tak ada satu pun bendera malaysia. Tak kecoh pula pasal patriotik.


Kalau betul peminat yang datang ke stadium tempohari tak patriotik, kenapa masih benarkan pasukan EPL adakan perlawanan persahabatan?berapa ramai menteri yang datang ke stadium setiap kali perlawanan melibatkan Malaysia dan bayar sendiri tiket perlawanan?tunggu final baru masing-masing tunjuk muka konon dia lah tulang belakang kejayaan.
PM ketika menyaksikan perlawanan antara Sime Darby menentang Pahang, Perlawanan Play Off Piala Malaysia 2011Kita bukan nak bermusuh dengan sesiapa tapi jangan sedap mulut orang tak patriotik ke apa sedangkan diri sendiri pun belum cukup patriotik. Kepada yang nak tengok game Malaysia lawan Singapura dekat Bukit Jalil, tak payah gatal-gatal nak pergi stadium pakai jersi Liverpool. Pakai jersi Malaysia (Biru,Kuning).
kepada K.Rajagopal dan anak buah: Malaysia Boleh!!korang boleh titik la Singapore tu. setakat pakai pemain import dari luar buat apa. Harimau Malaya 100% buatan Malaysia la beb!!
ni antara beberapa post berkaitan isu ni.
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/07/patriotisme-daripada-pandangan-aku.html
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/19/focus/9124853&sec=focus
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/20/focus/9132898&sec=focus

8 Komen Merah:
gua setuju dgn lu..baru kena TARUK 4-0 dengan Arsenal dah gelabah!
"Saya minta maaf kerana kenyataan saya ini menyinggung peminat Malaysia, saya tidak sangka gurauan saya dengan wartawan telah ditukar menjadi bahan berita,'' ujar Safee.
...
itu ayat aku dekat sokerleaks page la woi! hahahaha
Mofasad berangan jadi Cikgu Daim:
hahaha... ye ke? aku mana tau. Ini entri bukan aku yang tulis.
Selain dari ayat tu, kau baca keseluruhan entri tersebut. kira ok la.
biasalah. m.u fans mmg bebal. time team m.u datang lwn malaysia bole pergi stadium pakai jersey mu. time team lain dtg lwn malaysia kena pakai jersey malaysia.
butoh la m.u fans!
serius, sy rs kecik ati bla diorg ckp mcm tu... walaupun sy fans liv tegar, sy ttp ppakai bj biru walaupun bkn jersi.sy sokong dua2.
len kali, bak kata pepatah, ckp siang pandang2 ckp mlm dgr2.sekian.
Kerana LiverpoolFC episode 4 (finale)
i agree, nice opinion
Yeahhh makan balik ayat sendiri..
cikgu daim: ayat mnta maaf safee sali tu mmg amek kt utusan.xtaw la klu tu ayat ko.
Post a Comment