Saturday, June 4, 2011

Alberto Aquilani:Kepulangan yang dinanti




Sejak dipinjamkan kepada Juventus,Aquilani (Aqua) telah membuat penampilan sebanyak 32 kali di Juventus. Manakala penampilan Aqua di Liverpool iaitu 28 kali. Jumlah jaringan tidak berbeza iaitu dua gol sahaja. Nampak macam tiada perbezaan semasa Aqua di Liverpool dan di Juventus. Tetapi kebanyakan peminat Liverpool masih mengharapkan kelibat pemain berjersi nombor 4 ini beraksi semula di Anfield bagi musim 2011/2012. Berita baik buat kita ialah Juventus tidak berminat untuk menyambung khidmat Aqua walaupun Juventus ditawarkan dengan pilihan permanent move semasa loan deal selama 1 tahun dimeterai. Tambahan pula, the Old Lady sudah mendapatkan khidmat Andrea Pirlo untuk tempoh 3 tahun. Tetapi ejen Aqua, Franco Zavaglia sedang berusaha untuk mendapatkan permanent move dengan Juventus. AC Milan dan Inter seakan berminat untuk mendapatkan khidmat Aqua. Dalam kes ni Aqua seakan-akan tidak berminat untuk pulang ke Anfield sedangkan ramai penyokong Liverpool menantikan kepulangannya. King Kenny pun menyatakan Aqua masih ada masa depan di Anfield. Aqua dibawa masuk oleh Rafa Benitez tetapi kurang mendapat kesebelasan utama kerana masalah kecederaan.



Gol Aqua vs Lecce



Gol Aqua Vs Bari



dalam tempoh 24 jam lagi masa depan Aquilani akan ditentukan. Kalau Aquilani datang semula ke Anfield,peminat Liverpool di Malaysia berpeluang melihat aksi Aqua ni Stadium Bukit Jalil 16 Julai nanti.

"aku pun nak datang Malaysia gak wei"


2 Komen Merah:

Tengku Sidek said...

'dinanti'?..tak pasti sebab kalau dia betul2 bagus kenapa Juventus hanya offer 6m (take it or leave it) sedangkan Liverpool value mamat ni 14m..sedangkan Ngog pun Liverpool slap dengan harga 8m..inikan Aquaman Juv nak beli 6m..Sold with higher price or keep him..dat the only choice that kenny had!

berita sengsasi said...

nie bkan soal bagus ke x..nie soal juventus yg enggan berbelanja besar..kontrak aqua pown masih panjang memang liverpool berhak untuk dpt lebih..memangdang juventus dah dpt Pirlo untuk season depan so tmpt aqua x terjamin..

Related Posts with Thumbnails