Monday, May 2, 2011

Liverpool 3-0 Newcastle. Feel Good Factor At Anfield

Liverpool turun  dengan misi membalas dendam terhadap Newcastle, yang membelasah Liverpool 3-1 di St. James Park, dan juga misi mendaki ke tempat ke-5.

Reina
Flanagan - Carragher - Skrtel - Johnson
Lucas - Spearing - Meireles
Maxi - Kuyt - Suarez

Liverpool turun tanpa Carroll, yang baru pulih dari kecederaan dan masih belum fit untuk diturunkan. Glen Johnson membuat penampilan setelah lama berehat atas kecederaan.

Liverpool menusai perlawanan. Sehinggalah Liverpool berjaya membuat gol pembukaan melalui Maxi Rodriguez, yang masih fresh dengan hat trick nya minggu lepas. Bola rembatannya terbias dari pertahanan Newcastle lalu menerjah gol untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-10.


Flying high!!

15 minit terakhir separuh masa pertama, Newcastle mengusai perlawanan dan berjaya membuat beberapa percubaan ke arah gol Liverpool.

Separuh masa ke-2 bermula dengan tempo yang pantas. Luis Suarez dijatuhkan oleh pemain pertahanan Newcastle selepas beliau membuat dribble menarik untuk menewaskan pertahanan tersebut. Penalti diberikan kepada Liverpool. Dirk Kuyt tiada masalah menyempurnakan penalti. 2-0 pada minit ke-59.

Never miss a penalty...


Suarez yang bermain baik pada hampir setiap perlawanan boleh dikatakan pemain yang tidak bernasib baik kerana tidak mendapatkan gol untuk perlawanan sebelum ini, akhirnya berjaya memecahkan badi dengan berjaya menjaringkan gol padam init ke-65.

Suarez back on the score sheet

A feel good factor

Permaianan 1-2 yang bijak bersama Kuyt telah berjaya menghasilkan gol tersebut. Kredit juga harus diberikan pada Maxi yang mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Feel good factro yang dibawa oleh Kenny Dalglish berterusan dan Liverpool terus beraksi baik dibawah bimbingannya. Diharap Liverpool berjaya menrampas tangga ke-5 untuk layak ke Europa League musim hadapan.

YNWA.

2 Komen Merah:

berita sengsasi said...

harap liverpool kekalkan permain untuk season akan dtng dan yg pasti kejuaraan liga milik kita..

simple said...

Suarez pasti lebih hebat next season!

p/s tapi..maxi..gua xtau nk ckp..

http://simple-mzs.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails