Wednesday, April 13, 2011

Liverpool 3-0 Man City. Dendam terbalas & Carroll akhirnya berjaya menjaringkan gol


Perlawanan menentang Man City di Anfield kali ini datang bersama misi membalas dendam selepas Liverpool di tewaskan oleh Man City 3-0 di tempat lawan pada perlawanan ke-2 liga musim ini.

Reina
Flanagan - Carragher - Skrtel - Aurelio
Lucas - Spearing - Meireles
Kuyt - Carroll - Suarez

John Flanagan membuat debut dalam perlawanan ini, bermain di posisi bek kanan menggantikan Martin Kelly dan Glen Johnson yang tercedera.

Flanagan bermain dengan baik, mengingatkankan aku kepada Kelly yang bermain menentang Chelsea musim ini. Kelly bermain dengan cemerlang dalam perlawanan tersebut dan Liverpool menang 2-0. Posisi bek kanan memang posisi bertuah dalam Liverpool kah?

Andy Carroll akhir membuka akaun Liverpool dengan menjaringkan gol pertama beliau pada minit ke-13. Carroll yang berjaya merampas bola dari Tevez (Tevez kemudian tercedera. Mungkin kerana berlaga kaki semasa berebut bola dengan Carroll) memberikan bola kepada Meireles.

Carroll 1st goal

Rembatan Meireles yang melantun kembali ke Carroll. Carroll terus membuat satu rembatan padu dengan kaki kirinya dari luar kotak penalti dan terus menjaringkan gol pertama. 

Kuyt menambahkan jurang menjadi 2-0. Kuyt mengambil kesempatan ke atas keadaan pintu gol Man City yang kelam kabut akibat asakan Liverpool, melorongkan bola dengan tenang menerjah gawang lawan.

4 goals. 3 vs MU + 1 vs Mac City

Carroll terus mengganas dengan gol ke-2 peribadi beliau. Hantaran Meireles ditanduk kemas oleh Carroll yang gagal disekat oleh Koraloff.


Liverpool bermain dengan baik kali ini. Malahan, debut Flanagan dan comeback Aurelio pula menambahkan kekuatan di bahagian kiri dan kanan pertahanan. Suarez seperti biasa mengucar-kacirkan pemain lawan.

Semoga Liverpool cemerlang menentang Arsenal minggu hadapan. YNWA!


2 Komen Merah:

Tengku Sidek said...

Menang memang happy..lagi2 carroll score..TAPI tak puas sebab masih ditangga ke-6..adoi..YNWA

Amirul (aremierulez) said...

tak pe..

next season waktu kebangkitan Liverpool...

Related Posts with Thumbnails