Tuesday, April 19, 2011

Arsenal 1-1 Liverpool. Perlawanan yang penuh debaran


Perlawanan kali ini boleh dikatakan sebagai perlawanan untuk membalas dendam.
Reina
Flanagan - Carragher - Skrtel - Aurelio
Meirles - Spearing - Lucas
Kuyt - Carroll - Suarez

Tak dapat dinafikan yang Arsenal mempunyai skuad yang jauh lebih fit dan solid dari Liverpool. Mereka menyerang Liverpool dari awal perlawanan. Mereka bermain dengan rentak yang laju dan Liverpool hanya mampu mengharapkan serangan melalui counter attack.

Liverpool ketinggalan 1-0 selepas Jay Spearing menjatuhkan pemain Arsenal di dalam kotak penalti. Penalti di sempurnakan oleh Robin Van Persie.

Tetapi Liverpool berjaya menyamakan kedudukan selepas Eboue menjatuhkan Lucas dipetak penalti. Kuyt menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti.



Namun, Liverpool terpaksa membayar harga yang mahal. Fabio Aurelio cedera semula dan Carroll juga mengalamai nasib yang sama.

Carragher pula pengsan apabila kepalanya berlaga dengan John Flanagan. Tetapi, Carragher masuk kembali ke dalam padang selepas tamat perlawanan.



Jack Robinson melakukan debut menggantikan Aurelio yang tercedera. Pemain berusia 17 tahun ini berjaya mengekang Theo Walcott sepanjang perlawanan.

Jay Spearing menjadi pemain terbaik perlawanan. Kesungguhan Spearing dapat dilihat apabila beliau menjadi pemain paling rajin dengan mengejar pemain tidak kira di mana sahaja dan berjaya membuat beberapa tackle penting dalam perlawanan.

1 Komen Merah:

berita sengsasi said...

aku bangga dgn kenny keberanian membawa permain muda yang langsung tiada pengalaman beraksi skuad utama..

Related Posts with Thumbnails