Bila perlawanan menentang di Sunderland di Stadium of light, aku rasa gusar. Stadium of light bukanlah stadium yang aku gemari kerana Liverpool agak badi di stadium ini. Ingat lagi peristiwa "bola pantai" tahun lepas. Tapi, Suarez berjaya melegakan kita.
Reina
Carragher - Skrtel - Agger - Johnson
Kuyt - Lucas - Meireles - Spearing
Suarez - Carroll
Bagi aku, perlawanan semalam biasa-biasa sahaja. Agak kelam kabut semasa 1st half tetapi lebih teratur semasa 2nd half.
Gol pertama, agak kontroversi. Tak pasti samada Jay Spearing dijatuhkan di dalam atau di luar petak penalti. Tapi yang pasti, penjaga garisan memberikan sepakan penalti. Dirk Kuyt menyempurnakan tendangan penalti dengan mudah.
Spearing di bentes dari belakang...
Penalti!!!!
Seperti biasa, Kuyt tak mengecewakan
"Ha... Fan Sunderland, baca nama jersi kat belakang ni. Kitorang tak main
la guna bola pantai nak score."
Tribut kepada anak Lucas
Gol kedua adalah klasik. Sekali lagi, Luis Suarez melakukan magik. Dari sudut yang sukar, Suarez berjaya menjaringkan gol, diluar jangkauan penjaga gol.
Dan sekali lagi, kita dihidangkan dengan "The Suarez Show"! Why so Suarez?
Another magic by Suarez
Another magnificent performance by Suarez
Andy Carroll memulakan perlawanan pertama untuk Liverpool dalam EPL. Persembahan Carroll tidaklah begitu menarik tetapi dia masih mempunyai masa untuk menyesuaikan rentak. Ingat, ini hanyalah perlawanan ke-4 bagi Carroll.
King Kenny menyambut Carroll
dengan senyuman
Ingatkah anda kepada Lucas Leiva? Dia memerlukan 4 musim untuk bermain seperti sekarang dan masihkah anda ingat musim pertama dan keduanya? Bagaimana teruknya dia? Jadi, berikan Carroll masa untuk menunjukkan belangnya. Jika anda boleh bersabar selama 4 musim untuk Lucas meningkatkan prestasi beliau, berikanlah juga peluang yang sama kepada Carroll.
tapi bezanya, lucas dibeli dgn harga 3million, tapi Carrol dibeli dgn harga 35million...32million beza tu bro..mana ley tunggu 4 tahun. dia sepatutnya main lebih aggresif. bukan tunggu bola masa corner kick je.
3 Komen Merah:
persembahan lucas dh meningkat naik
x perlu nk kutuk2 lagi
Aku bukan mengutuk, cuba fahamkan ayat aku.
Kita boleh bagi Lucas 4 musim untuk improve, kenapa nak judge Carroll dalam 4 game pulak kan?
tapi bezanya, lucas dibeli dgn harga 3million, tapi Carrol dibeli dgn harga 35million...32million beza tu bro..mana ley tunggu 4 tahun.
dia sepatutnya main lebih aggresif. bukan tunggu bola masa corner kick je.
Post a Comment