Thursday, December 30, 2010

Secebis coretan kepada Roy Hodgson



Kalau nak dikatakan marah, memang patut pun marah, bila tengok permainan malam tadi seolah-oleh Liverpool bermain dengan corak dan kawalan padang yang sungguh memalukan.Kalau ditanyakan dimana silapnya, saya dengan tanpa segan dan silu mengatakan bahawa roy adalah sebabnya mengapa pada musim ini, kita Liverpool menjadi kacar-kacir.

Kalau NESV sayang kan duit mereka yang telah mereka dilaburkan sebanyak 300juta Pound masa mengambil alih Liverpool pada 15 oktober lepas, pihak pengurusan Liverpool dan NESV perlu sack manusia yang bernama Roy Hodgson ini. Saya mintak maaf lah kepada meraka yang menyokong pak cik Roy ini, tetapi kali ini melihatkan pada corak permainan Liverpool pada malam ini, saya dah tidak boleh tahan dengan sandiwara yang diperlihatkan oleh roy ini.

Kalau lah pihak pengurusan NESV dan pengurusan Liverpool, membaca artikel ini, tolong lah pertimbangkan cadangan saya ini, supaya pecat je Roy ini, sebelum luka semakin lama semakin parah. Ibaratkan kanser yang semakin hari semakin merebak ke seluruh badan.

Dan buat penyokong dan rakan-rakan sekalian. Diharapkan anda semua masih menyokong Liverpool dan saya pasti untuk tahun baru yang akan menjelang ini. Pastinya ingauan mimpi ngeri kita akan berakhir apabila Roy Hodgson dipecat kelak.

Sebelum saya undurkan diri ingin saya sampaikan kata-kata ini kepada Roy…..

You'll Never Walk Alone pegangan kami,
Steven Gerrard pula pujaan kami,
Wahai Hodgson boleh tak tolong kami,

Cepat dikau berabus dari muka kami



PS: januari ini tak beli pemain pun tak per....'
janji pecat je Roy pun dah ok......

Tuesday, December 14, 2010

Berita Bosan

Newcastle United 3 - 1 Liverpool

Kalah lagi!!!!! tgk muka roy pun aku tak boleh blah..
Lagi banyak kalah..makin terserlah muka alien sekor ni..korang nak bela dia lagi ke?
Sampai bila aksi YOYO macam haram ni nak diteruskan?
aku cadangkan..buat masa ni kita sokong dulu team Malaysia..huhuhu..

















http://simple-mzs.blogspot.com/

Sunday, December 12, 2010

Newcastle Utd 3-1 Liverpool

Macam biasa, kalau main away game memang tak menang lah. Dari zaman gelap Rafa musim lepas sampailah membawak ke zaman tiada cahaya Roy, Liverpool bagaikan terkena jampi badi untuk memenangi perlawanan.

Reina
Johnson - Skrtel - Kyrgiakos - Konchesky
Kuyt - Meireles - Lucas - Maxi
Ngog - Torres

Semalam Liverpool main serupa gampang. Dari striker sampailah defender, semua main macam gampang. Lucas pemalas, Torres one-by-one pun tak masuk, passing hancur, tengah langsung tak de control.

Skrtel? Skrtel yang paling bodoh atas padang. Skrtel memang tak boleh harap dan serupa gampang. Semenjak dia injured panjang masa lawan Man City season 2008/09, cara permainan Skrtel dah hancur. Dan aku terkejut kenapa Rafa boleh bagi Skrtel main 1st eleven dan membelakangkan Agger. Benda yang sama Roy buat semenjak dia pegang Liverpool juga.

Dah sampai masa John W Henry pecat Roy dan sediakan dana pembelian pemain yang banyak untuk bulan Januari buat manager baru. Kalau Galzer boleh sediakan GBP 100 juta untuk orang tua nyanyuk Fergi walaupun MU tengah hutang teruk, tak kan Henry tak boleh kot?

Dan semalam, Uncle Roy menghadiahkan sesuatu buat penyokong Liverpool. Aksi yang akan melekat dalam minda kita buat selamanya.


Mengharapkan sinar dan harapan baru buat The Reds tiba secepat yang mungkin...

RoyComics Part 2

*klik untuk paparan saiz sebenar





source: RAWK and Football Comic Strip

Saturday, December 11, 2010

Preview: Newcastle Utd vs Liverpool FC


Liverpool berkunjung ke St. James' Park awal pagi Ahad (waktu Malaysia) untuk cuba merekodkan KEMENANGAN KALI KEDUA di tempat lawan untuk musim 2010/2011. Ya, kau tak salah baca. Aku ulang lagi sekali, KEMENANGAN KALI KEDUA di tempat lawan.

Jika dilihat dari rekod perlawanan yang lepas, Liverpool suka berpesta gol di sana. Walaupun pada mulanya memang susah bola nak masuk ke dalam gawang Newcastle, (credit to Given, season 08/09) tapi kalau dah sekali masuk, tak mahu henti la pulak.

Pak Cik Roy probably akan gunakan player yang sama, cuma Torres kembali sebagai penyerang utama Liverpool. The Big Greek@Hercules berganding bahu bersama Skrtel.

Prediction: Liverpool win by two goals margin

keep the faith
YNWA

Thursday, December 9, 2010

Komik: Roy dan Obi Wan Kenobi


Klik pada gambar untuk melihat gambar dengan lebih jelas.

Tuesday, December 7, 2010

Liverpool 3-0 Villa. No Torres, No Gerrard, No Carra... No Problem!!!

Bila aku dapat tahu yang Torres bakal direhatkan kerana isterinya - Olalla - bersalin, hati aku mula risau. Tapi bila melihat kesebelasan Aston Villa yang turun tanpa Ashley Young yang digantung kerana mengutip 5 kad kuning, aku gembira kerana taktik Aston Villa banyak berpusat pada dia.

Reina
Johnson - Skrtel - Kyrgiakos - Konchesky
Kuyt - Lucas - Meireles - Maxi
Babel - Ngog

Perlawanan ini juga menandakan kepulangan Gerrard Houllier buat pertama kali ke Anfield. Peminat menyanyikan lagu buat Houllier, tanda hormat dan terima kasih pada beliau. Houllier berasa terharu dengan penghormatan yang ditunjukkan oleh penyokong Liverpool.

Liverpool mendahului seawal minit ke 14 hasil tandukan Ngog. Sepakan sudut yang diambil oleh Raul Meireles ditanduk kemas oleh Skrtel yang menghantar bola kepada Ngog untuk gol pendahuluan.

Ryan Babel menjaringkan gol kedua selepas menerima hantaran cantik dari Lucas, walaupun kelihatan Babel berada di kedudukan offside. Tapi finishing dari Babel memang cantik.

Gol ketiga dijaringkan oleh Maxi Rodriguez, hasil dari serangan counter attack yang cantik. Persembahan Maxi musim ini memang menonjol dan jauh lebih cemerlang dari musim lepas.

Reina berjaya mendapatkan clean sheet ke-100 dalam EPL dalam perlawanan ini. Reina berjaya mendapat clean sheet ke-100 dalam 198 perlawanan, penjaga gol Liverpool paling pantas mendapat pencapai tersebut.

Oh ya, Xabi Alonso kelihatan di tempat duduk penonton.

Welcome back, Houllier!!
Tandukan padu maut!!!!
"Yes! Masuk pun!!! Gol!!!"
Ngog berjaya memecahkan badi
Gol cantik dari Babel
Pandangan dari sudut yang berbeza
Celebrate!!!
Selain bermain bola, Babel juga boleh mewakili Belanda dalam acara gimnastik artistik
Giliran Maxi menjaringkan gol
Selepas ni, Liverpool bakal menentang team yang baru memecat pengurusnya, Newcastle. Teruskan rentak kemenangan!!

Tahniah buat Fernando Torres kerana menjadi bapa buat kali kedua. Olalla melahirkan baby boy buat Torres. YNWA!!!

Saturday, December 4, 2010

Steaua 1-1 Liverpool. Reina buat lawak lagi

Uncle Roy menurunkan barisan pemain muda. Reina turun sebagai kapten pasukan buat pertama kali.

Reina
Kelly - Wilson - Kyrgiakos - Aurelio
Pacheco - Poulsen - Shelvey - Jovanovic
Cole
Babel

Pacheco akhirnya diberikan peluang untuk bermain. Milan Jovanovickembali dalam barisan pemain dan menjaringkan gol keduanya dalam jersi Liverpool, hasil hantaran Ryan Babel.

Danny Wilson membuat penampilan untuk kali kedua bersama Liverpool.

Tiada yang menarik dalam perlawanan ini. Barisan muda yang diturunkan untuk mendapatkan perlawanan. Liverpool kini layak ke pusingan 32. 


Pacheco mendapat peluang untuk bermain
Jovanovic score!
Reina buat lawak lagi!
Selepas ini, Liverpool bakal berdepan Aston Villa. Harap Liverpool mampu mencapai kemenangan dalam perlawanan seterusnya. YNWA!

Related Posts with Thumbnails