Thursday, December 31, 2009

Result: 1-0. Top 4, Here We Come


"Pasukan yang hebat akan tetap menang walaupun bermain dalam keadaan kurang cemerlang."

Itulah yang selalu dikatakan oleh pengulas-pengulas di ESPN. Walaupun bermain dengan kurang baik, tapi tetap berjaya mengutip  3 mata. Dan Liverpool ternyata tergolong dalam pasukan yang hebat semalam.


Liverpool turun menentang Aston Vila di tempat lawan dengan satu igauan buruk, tewas 3-1 dengan lawan yang sama di Anfield awal musim ini.

Liverpool diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan memandangkan prestasi kurang konsisten sepanjang musim ini. Villa turun dengan barisan utama, kecualai Ashley Young, yang digantung.

Liverpool tidak bermain dengan baik sepanjang perlawanan. Kuyt gagal memegang bola dan kelihatan sering memperlahankan counter attack yang cuba dilancarkan oleh Liverpool. Malah, Kuyt, Gerrard, Benayoun, Aquilani dan Lucas gagal membuat hantaran kemas sepanjang perlawanan. Torres gagal mendapat boal dan terkontang-kanteng di hadapan.

Villa hampir mendahului melalui cubaan Stuart Downing. Kuyt yang gagal menjaga Downing semasa sepakan penjuru memberikan ruang buat Downing membuat rembatan ke arah gol. Nasib baik rembatannya menuju tidak jauh dari kedudukan Reina dan Reina berjaya menepis keluar cubaan tersebut.

Torres membuktikan yang dia seorang striker yang hebat apabila menjaringkan gol kemenagan Liverpool pada waktu kecederaan permainan. Torres hanya mendapat satu peluang sepanjang perlawanan dan dia tidak membazirkan peluang yang terhidang dan menjaringkan gol untuk mengecewakan pemain Aston Villa dengan baik.

Salji turun dengan lebatnya semasa perlawanan berlangsung


Gol terhasil apabila pertahanan Villa, David Dunne, tergelincir dan peluang ini di ambil oleh Kuyt untuk melorongkan bola pada Torres yang berada di posisi terbaik sebelum melepaskan satu rembatan untuk menewaskan Brad Friedel. A clinical finish.

Clinical Finish


Torres berjaya memecahkan rekod Liverpool dengan menjadi pemain Liverpool paling cepat menjaringkan 50 gol dalam Liga Perdana Inggeris. Torres menjaringkan 50 gol dalam 72 perlawanan liga.

Walaupun menang, Glen Johnson mengalamai kecederaan lutut. Tidak diketahui lagi tahap kecederaan beliau. Johnson akan menjalankan ujian imbasan pada hari esok.

Back to the treatment table... again.


Ini permulaan The Reds untuk menuju kembali dalam kelompok 4 terhebat. The seasons start now!!!!


Sekian. YNWA

Tuesday, December 29, 2009

Preview: O'neil vs Benitez

Liverpool akan menutup tirai 2009 dengan bertandang ke Midlands untuk bertempur dengan Aston Villa. Aston Villa sedang terbang tinggi di awan biru setelah bermain dengan konsisten dan mencatat kemenangan ke atas Liverpool, Chelsea and Man Utd.

Liverpool pula sedang dalam proses 'baik pulih' dan berharap dapat meneruskan momentum kemenangan serta merapatkan jurang dalam liga. Buat pengetahuan semua, Liverpool tidak pernah tewas di tempat Villa semenjak Feb 1998.

Mascherano is out suspended. Alangkah baiknya kalau Masch berganding dengan Aquilani di bahagian tengah Liverpool. Last game lawan Serigala Oren, Lucas dan Aquilani boleh dikatakan saling faham memahami antara satu sama lain.

Starting line up:
Boleh expect Rafa guna player yg sama, cuma Kuyt masuk menggantikan Aurelio. Mungkin juga Insua.

Opposition:
Villa crossing sangat bahaya. Mereka ada natural winger.

Prediction:
Tak tau. Otak tak dapat jana keputusan awal pagi nanti. Cuma berharap menang selesa lagi.

Mari sama² tumbuk perut Aston Villa.

Keep the faith
YNWA

Please read this

Monday, December 28, 2009

Result: 2-0. Berjaya Menyembelih Serigala Oren

First of all, aku mahu minta maaf banyak-banyak kerana gagal membuat entri untuk result menentang Wigan dan Portsmouth.

Semasa menentang Wigan, aku agak sibuk kerana ingin pergi bercuti.

Begitu juga semasa menentang Portsmouth. Tapi tambah lagi sakit hati sebab boleh kalah dengan pasukan paling corot. 2-0 pula tu.


Menetang Wolverhampton  Wanderes bukanlah perlawanan tumpuan untuk pengkritik EPL tetapi menjadi tumpuan buat penyokong Liverpool yang dahagakan kemenangan setelah sekian lama tewas dan seri.


Alberto Aquilani akhirnya berjaya menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama buat kali pertamanya dalam perlawanan liga. Itu pun sebab Mascherano kena gantung 4 perlawanan kerana dilayangkan kad merah ketika menentang Pompey. Kalau tidak, memang Mascherano akan terus bergandingan dengan Lucas.

Persembahan beliau biasa sahaja, tidak teruk dan tidak bagus sangat tetapi dengan kejituan hantarannya, Gerrard lebih bebas bergerak dan Gerrard juga dapat bermain dengan lebih baik. Aku yakin Aquilani akan berjaya menyesuaikan diri dalam 3-4 perlawanan lagi dan akan di gandingkan dengan Mascherano dibahagian tengah nanti.


Gerrard berjaya menjaringkan gol padang semenjak kali terakhir melakukannya pada bulan Ogos dahulu. Gerrard menanduk masuk hantaran lintang dari Insua dan berjaya menewaskan penjaga Wolves yang sebelum ini cemerlang menafikan rembatan-rembatan dari pemain Liverpool.

Benayoun berjaya menjaringkan gol kedua setelah menunjukkan gerak kaki yang menarik sebelum rembatannya mengenai pertahanan Wolves dan terbias masuk ke dalam gol (ayat Hasbullah Awang ni).

Daniel Pacheco sekali lagi masuk sebagai pemain simpanan. Pacheco menunjukan kepada Rafa yang beliau boleh mengawal bola, menggelecek dan mempunyai kepantasan yang lebih baik daripada Ngog. Mungkin Rafa patut memberikannya lebih banyak peluang selepas ini.

Perlawanan seterusnya, menentang Aston Villa. Pasti kita semua masih ingat The Villan berjaya menewaskan Liverpool di Anfield 3-1 pada awal musim ini. Kini, sudah tiba waktu untuk Liverpool bangkit dan memulakan kembali rentak kemenangan.

The season start now!

Sekian. YNWA

Friday, December 25, 2009

Preview: Wounded Liverpool vs Wolves


Liverpool return to action on Boxing Day with an Anfield clash against Wolverhampton Wanderers. The two sides have not met since a dramatic encounter in front of the Kop in March 2004 when the Reds required a stoppage-time Sami Hyypia header to secure a 1-0 win.

Liverpool MUST win to boost their confidence before meeting High Flying Villa on Tuesday. We can expect Rafa to rest some players to ensure Liverpool will have a fresh squad for Villa match. Mascherano is out injured and suspended, while Aquilani just returns to training. Riera, El Zhar and Darby also out injured.

Win is all that matters.

p/s: Prince Faisal, tolonglah beli share si Gillets itu. [sambil tarik rambut]

keep the faith
YNWA

Saturday, December 19, 2009

Preview: Portsmouth vs Liverpool


After a much needed 2-1 win over Wigan on Wednesday, Liverool will look to record a back to back win against Portsmouth tonight (waktu Malaysia). Mungkin akan ada salji nanti dekat Pompey. Main salji nampaknya malam ni.

Pompey ada manager baru, itu yahudi yang manage Chelsea dulu. While Pompey is in the relegation battle, Liverpool pula sedang berjuang untuk kembali ke kedudukan 'big four' dalam liga.
Torres dan Gerrard akan menerajui jentera serangan Liverpool. Johnson akan kembali setelah di rehatkan in last game.

Possible starting 11:

Reina
Johnson Carra Agger Aurelio
Masch Aquilani
Kuyt Gerrard Yossi
Torres

Early kick off malam ini. Come El Nino!!! Kasi sumbat gol kat gawang Pompey dan jadi The Fastest Ever RED to hit 50 league goals.

Keep the Faith
YNWA

Wednesday, December 16, 2009

Preview: Liverpool vs Wigan

Liverpool will entertain Wigan at Anfield just 3 days after defeat to Arsenal. Rafa will have a full strength squad available, with Torres is expected to start. The same fixture last season ended with a dramatic 3 - 2 win for Liverpool.

Will Aquilani start? or should Lucas play alongside Masch? (again?)

Liverpool really need to win to boost their confidence before travel to Portsmouth on Saturday. A win is a must!

Starting 11:
Reina
Johnson Carra Agger Insua
Masch Aquilani
Kuyt Gerrard Yossi
Torres

Prediction: Menang Sudah!!!!

keep the faith
YNWA

Tuesday, December 15, 2009

Berita Ringkas Buletin The Kop Part 2

Sekali lagi Kenny Dalglish bersuara di Sports Centre yang aku tonton pada malam semalam.

Kali ini dia menyuarakan suara hatinya terhadap kesilapan Rafa Benitez.

Tetapi, Dalglish berkata, kesalahan Rafa sepanjang musim ini sebenarnya bukan kesalahan mengatur pemain atau kesilapan memilih formasi yang sesuai, tetapi kesilapannya kerana meruntuhkan moral pemain.

Menurut Dalglish, pada awal musim ini, Rafa ada menyalahkan Gerrard dalam satu kekalahan Liverpool (tak salah aku lawan Aston Villa di Anfield kot?)

Rafa secara terang-terangan mengkritik Gerrard dan menuduh Gerrard merupakan punca kekalahan Liverpool pada malam tersebut (walaupun Gerrard bermain bermati-matian) dan terus memuji Lucas (walaupun bermain macam bahalol).

Menurut Dalglish, seorang pengurus tidak patut mengkritik kapten pasukan tanpa alasan yang relevan. Seperti yang diperkatakan, Gerrard bermain dengan baik namun tetap dikritik oleh Rafa (kalau tak silap aku, 2 kali kan Gerrard kena kritik dengan Rafa?)

Kapten adalah pemain yang berpengaruh dalam kelab dan juga sangat dihormati dan disegani oleh rakan sepasukan. Jadi, apabila melihat Rafa mengkritik Gerrard, ini menyebabkan moral pemain lain akan menurun. 

Apabila Rafa mengkritik Gerrard tanpa alasan kukuh, ia bagaikan Rafa seperti hilang kepercayaan kepada kapten dan pemain dalam pasukan akan menurun moralnya apabila memandang situasi tersebut.

Lebih kurang macam tu la teori yang di sampaikan. Aku rasa banyak lagi yang Dalglish cakap tetapi oleh kerana Dalglish bercakap bagaikan keretapi dan loghat english nya yang sangat pekat, itu sahaja yang aku dapat tangkap.

Benarkah teori yang dikatakan oleh Dalglish ini? Aku tidak pasti tetapi yang pasti semangat juang Gerrard memang sudah tidak sama macam musim lepas. Berapa banyak gol yang Gerrard sudah jaringkan? Berapa banyak assist dari Gerrard? ya, moral Gerrard memang sangat down sekarang. Adakah kerana teguran Rafa itu?

Moral pemain lain pun memang down juga. Bila dah ketinggalan, memang confirm Liverpool akan kalah. Tiada lagi gelaran 'comeback king' dari Liverpool sekarang.

Entah la. Tapi mungkin ada benarnya teori Dalglish ini.

So, Rafa. Kau mulakan benda ni. Kau kena selesaikan benda ni.

P/S: Kenapa Dalglish selalu sangat bersuara sekarang ni? Dia ni betul-betul nak jadi manager Liverpool balik ke?

Sekian. YNWA.

Monday, December 14, 2009

Result: 1-2. Roh Shankly Pasti Sedih Melihat Persembahan Liverpool

Gua bukan nak cakap apa, tapi dalam banyak-banyak kekalahan Liverpool, kekalahan kali ini yang paling buat gua sakit hati gila babi. Dan bila gua dah menggunakan kata ganti 'gua' untuk menggantikan 'aku', ini bermakna gua punya mood memang betul-betul tengah tak stabil.

Seriously, Lucas start in the first eleven and Aquilani is only in the bench? Memang gua tak paham. Dan paling bangsat sekali, Mascherano yang keluar untuk Aquilani bukannya Lucas. Babi lu Benitez, apa yang lu buat ni? Lucas yang langsung tak de fungsi sepanjang game tu lu simpan tapi Mascherano yang banyak berjasa tu yang lu keluarkan? Lu nak mampus ke Rafa?

Ok, mungkin lu orang akan berkata yang Aquilani masuk pun tak de fungsi jugak. Tapi Main dari awal dengan keadaan masih 0-0 dan masuk pada keadaan tertekan dan tertinggal 2-1 adalah dua situasi yang berbeza.

And then, masukkan Ngog gantikan Benayoun? Oi, Rafa, lu masukan Ngog yang tak boleh diharap tu untuk gantikan Benayoun yang main kan posisi winger. Main striker pun, Ngoh tu dah terkial-kial, ini kan pulak disuruh main winger. Gua tengok, sekali pun Ngog tu tak dapat nak win ball dari pemain Arsenal.

Kenapa tak masukan Dossena? At least dia boleh main kan posisi left wing tu? Doseena ada speed sikit kalau dibandingkan Ngog dan at least dia boleh cross dan gua yakin long shot Dossena jauh lagi baik dari Ngog.

Dan yang paling babi sekali, kenapa lah main defensive masa 2nd half start. Gua tak paham kenapa la Rafa suka sangat main defensive bila Liverpool dah leading. Bila main defensive, kita bagi ruang pada pihak lawan untuk menyerang.

Masa 1st half, midfield Arsenal langsung gagal mengusai ruang sama sekali tapi bila 2nd half, midfield Arsenal mempunyai ruang paling banyak dalam padang. Dan yang gua paling tak paham sekali, Liverpool hanya mula menyerang balik selepas Arsenal leading 2-1. Apsal tak start attack bila dah seri? Kenapa nak serang lepas kita dah tertinggal?

Serious, kalau gua ada kat Liverpool, gua dah bakar rumah Rafa ni. Babi lu. Gua dah nampak lu ni dah macam Graeme Souness. Souness ni pun salah seorang bangsat yang merosakan pasukan hebat yang ditinggalkan oleh Kenny Dalglish. Gua rasa Rafa ni dah macam klon dia pulak.

Lepas ni lawan Wigan. Kalau lawan wigan kat Anfield pun lu tak boleh kasi menang, lu patut tau kan apa lu nak buat Rafa?

Sekian. YNWA

Sunday, December 13, 2009

Preview: The Reds vs The Gunners

The same game last season produced a stunning 4 - 4 draw at Anfield. Hopefully tonight The Reds will win to take advantage on Chelsea, Man Utd, Spurs and Man City which all of them drop points last night. All eyes will be at Anfield, particularly on Aquilani and the return of El Nino Torres.

Jika Liverpool menang (ya, kena menang), we will be much closer to the top. For the first time this season, Rafa Benitez will be able to choose a fully fit squad to face Arsene Wenger's young guns. Nothing much to say rather than to see Aquilani and Torres start the game and push Arsenal from the first minute, like we did against Man Utd earlier this season.

Possible line up:
Reina
Johnson Carra Agger Aurelio
Masch Aquilani
Kuyt Gerrard Benayoun
Torres

Look at the starting line up, definitely mouth watering!!! Aku lebih prefer Aurelio berbanding Insua sebab Aurelio is a good passer. Boleh buat long pass, cross pun cantik. If Kuyt itu natural winger kan bagus, haih.... Aquilani pulak provide links antara midfield and attack.

Opposition players to look: Arshavin, Fabregas, Walcott, Vermaelan.

Prediction: As long as Liverpool win, that's enough!! dan jgn ada yg injured.

keep the faith
YNWA

Friday, December 11, 2009

Berita Ringkas Buletin The Kop

Berita diceduk sepenuhnya dari ESPN Sports Centre yang aku tonton tadi

Saya Sudah Bersedia - Torres

Menurut penyerang Liverpool, Fernando Torres, dia sudah bersedia untuk meneruskan musimnya di Liverpool dan berharap dia tidak mengalami masalah kecederaan lagi selepas ini.

"Ia musim yang mengecewakan buat saya dan pasukan kami. Saya lebih banyak menghabiskan musim ini di meja perubatan dan persembahan pasukan kami juga tidak menunjukkan tahap terbaik musim ini."

"Saya berharap akan pulih sepenuhnya dari kecederaan dan dapat bermain untuk semua baki perlawanan musim ini. Saya menjadi orang penting dalam pasukan ini selepas Steven Gerrard jadi saya harus membayar kepercayaan peminat dengan persembahan yang meyakinkan."

"Saya yakin, kami mampu memenangi Piala FA dan Piala Ueropa League dan mampu mencapai taraf Big 4 pada akhir musim ini."

Komen: Go Torres!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Liverpool Bukan Pilihan

UEFA telah meletakan Liverpool sebagai pasukan bukan pilihan dalam kejohanan UEFA Europa League.

UEFA membuat keputusan tersebut setelah melihat persembahan Liverpool yang hanya mampu menang 2 perlawanan dalam peringkat kumpulan UEFA Champions League dan persembahan dalam Liga Perdana Inggeris.

Komen: Peduli hape, pilihan atau tidak, Liverpool akan menang piala ini.


Kenny Dalglish Berminat Dengan Jawatan Pengurus

Kenny Dalglish menyatakan rasa minatnya untuk kembali menjadi pengurus Livepool.

"Ia memang satu harapan buat saya. Tetapi, buat masa sekarang Liverpool sudah mempunyai pengurusnya iaitu Rafa Benitez dan saya yakin Liverpool mampu menjadi lebih sukses bersama Rafa.

Komen: Aku harap apa yang kau cakap ni menjadi kenyataan

Sekian. YNWA

Thursday, December 10, 2009

Result: 1-2 Kalah Lagi! First Start Aquilani Yang Dinantikan, Penampilan Pemain Muda & Kenapa Pemain Liverpool Banyak Yang Pendek?

Kalah lagi!!! Tapi aku rasa semua penyokong Liverpool tidak kisah langsung tentang kekalahan ini kerana kalau kita menang 10-0 sekali pun, ia tak kan mengubah keputusan dan Liverpool tetap tidak akan kembali ke dalam kancah UEFA Champions League lagi musim ini.

Tiada siaran langsung untuk perlawanan ini di ESPN dan STAR Sport. Hanya perlawanan tertunda yang aku tonton tadi di ESPN pada pukul 3 petang.

Barisan Liverpool


Liverpool menurunkan pemain muda seperti Stephen Darby di bahagian bek kanan dan merehatkan Reina, Carragher dan Glen Johnson. Dossena bermain di posisi wing kiri. Dan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat semua, first start Aquilani yang dinanti-nantikan. 

Aquilani bermain dengan agak baik. Aquilani menunjukan kehebatan hantaran bolanya yang tiada dalam Lucas. Malah dia amat membantu Gerrard dalam membuat serangan. Namun begitu, mungkin kerana sudah lama tidak bermain, Aquilani agak sedang 'berkarat' dan sedikit keletihan. Dia digantikan dengan Torres pada minit 65.

Ya. Torres juga sudah kembali. Kembalinya Torres dalam skuad memang dinanti-nantikan khususnya untuk perlawanan ahad ini menentang Arsenal.

Dalam perlawanan ini, Liverpool memperkenalkan beberapa pemain muda seperti Stephen Darby dan Daniel Pacheco. Stephen darby masih muda dan perlu banyak belajar. Cara permainannya masih banyak ketumpulan & gol pertama Fiorentina adalah kerana dia gagal menjaga penyerang Fiorentina yang berada di kawasannya. Tak pe, adik. Belajar lagi. Anda masih muda.

Pacheco pula penyerang pasukan simpanan yang mendapat pujian dari jurulatih pasukan simpanan membuat debutnya untuk Liverpool. Torres bertindak sebagai wing kiri apabila Pacheco di masukan. Pacheco berjaya membuat satu percubaan yang menyebabkan penjaga gol Fiorentina, Sebastian Frey, mengelabah sebentar.

Gol Liverpool dijaringkan oleh Yossi Benayoun hasil dari tendangan percuma Steven Gerrard. Benayoun menaduk masuk hantaran Gerrard dengan baik pada minit ke-43.

Apa yang aku lihat dalam pasukan Liverpool ialah... kenapa banyak sangat pemain Liverpool yang pendek? Insua, Agger, Dossena, Benayoun, Pacheco, El-Zhar dan mungkin ramai lagi pemain Liverpool yang agak rendah.

Liverpool sepatutnya mempunyai 2 peluang yang sepatutnya menghasilkan gol tetapi kerana tahap ketinggian pemain yang kurang, semua bola tanduk tidak mengenai kepala mereka. 

Bola hantaran Gerrard sampai dikawasan kosong di mana Agger berada tepat di kawasan tersebut. Tetapi oleh kerana kurang ketinggian, peluang itu terlepas begitu sahaja. Insiden yang sama terjadi apabila Torres menghantar bola kepada Dossena.

Tinggi ke, pendek ke... Yang penting Liverpool perlu menang menentang Arsenal untuk memastikan status Big 4 Liverpool tidak terjejas.

Oh ya. Laman web rasmi Liverpool kini berwajah baru dan aku rasa layout baru kali ini adalah lebih cantik, kemas dan teratur dari dulu. Apa yang paling menarik ialah adanya match centre di mana match centre akan melaporkan keadaan terkini yang berlaku semasa perlawanan berlangsung. Banyak lagi features baru yang diperkenalkan. Baik kamu semua check out. Liverpool FC


Berwajah baru

Sekian. YNWA

Monday, December 7, 2009

Result: 0-0 Another Disappointed Result Against Blackburn Rovers

Well, nampaknya menurunkan Reira dan Benayoun nyata merupakan bukan taktik yang berkesan.

Kenapa?

Kerana Reira dan Benayoun belum fit pada tahap yang memuaskan. Belum habis first half, Reira sudah pun kelihatan letih bagai nak rak.

Tapi ada sesuatu yg mengganggu aku semasa menonton perlawanan menentang Blackburn tersebut. Aku tengok dari awal samapilah ke akhirnya, kenapa Liverpool banyak sangat menggunkan taktik defensive?

Bila Reina menangkap bola dan cuba menghantar bola ke hadapan, kelihatan ada 5 pemain berada di bahagian bawah Liverpool dan cuma ada seorang sahaja yang berada di kawasan lawan dan sedang dikepung oleh 4 pertahanan lawan.

Aku betul-betul tak faham kenapa Benitez suka sangat menerapkan taktik bertahan dalam permainan Liverpool. Macam dah menang besar atau pun macam dah leading table EPL 30 points pulak.

Malahan, pemain Liverpool pun seperti kekurangan motivasi untuk menyerang. Mungkin benar kata Reira yang menyatakan pemain Liverpool sekarang sedang mengalami masalah psychology dan mental break down dan perlu menyembuhkan masalah ini dengan segera (klik sini).

Mungkin Liverpool perlu mengupah pakar motivasi untuk memperbaiki tahap moral pemain Liverpool terlebih dahulu sebelum meneruskan perjuangan semula.

Kemasukan Nabil El Zhar ada sedikit merancakkan suasana. Malah cara dribble nya juga agak hebat. Mungkin Rafa boleh memberi peluang kepadanya sedikit.

Oh ya! Tahniah kepada Ngog kerana berjaya menyepak bola ke arah palang semasa pintu gol ternganga luas.

Lupakan perlawanan menentang Fiorentina kerana tiada apa lagi yang boleh diharapkan dari perlawanan tersebut. Turunkan sahaja pemain muda untuk menimba pengalaman. Simpan pemain utama untuk perlawanan menentang Arsenal pada hari ahad kerana perlawanan tersebut merupakan penentuan untuk Liverpool untuk memastikan Liverpool mampu kembali bersaing dalam kelompok Big 4.

Perlawanan akan diadakan di Anfield dan aku memang tidak mahu sama sekali melihat Liverpool tewas di tangan pasukan Big 4 di Anfield.

Sekian. YNWA.

Saturday, December 5, 2009

Preview: Blackburn Rovers vs Liverpool


Liverpool akan bertandang ke Ewood Park malam ini (waktu Malaysia) untuk meneruskan kemenangan dan merapatkan jurang dengan pendahulu liga. Selepas mencatatkan kemenangan ke atas Everton minggu lepas, tahap keyakinan pemain Liverpool pastinya lebih tinggi dan sedikit demi sedikit form Liverpool pasti akan sampai ke tahap yang sepatutnya. Blackburn juga sedang 'high' selepas menang ke atas Chelsea dalam Carling cup.

Fernando Torres is ruled out for tonight game. Aku rasa lebih elok Torres direhatkan supaya beliau akan betul - betul cergas untuk perlawanan menentang Arsenal minggu depan. Aquilani pula mungkin berpeluang untuk bermain malam ini, itupun jika Liverpool sudah selesa dengan beberapa gol since game malam ini will be a tight game.

We can expect Blackburn menggunakan set piece sebagai ancaman utama mereka ke atas Liverpool memandangkan pertahanan Liverpool masih lagi agak goyang. Blackburn juga pasti akan bermain counter attack memandangkan Liverpool pasti akan menyerang dari minit pertama perlawanan.

Possible line up:
Reina
Johnson - Carra - Agger - Aurelio
Masch - Lucas
Yossi Gerrard Riera
Kuyt

Kenapa gunakan Yossi dan Riera?

Sebab tuan rumah, Amierul nak Yossi dan Riera main sebagai winger dan Kuyt sebagai Striker. hahahaha... aku gurau saja. Aku setuju dengan cadangan beliau. Yossi dan Riera boleh provide good cross serta memberi masalah kepada pertahanan lawan. Furthermore, both players boleh dribble dengan baik dan juga boleh menjaringkan gol.

Prediction: Liverpool menang 3 - 0. [dan mungkin lebih]

Sedikit kata Rafa on Voronin:

If you play Gerrard as a second striker then you don't need him. N'Gog was doing well, Kuyt is doing well and Gerrard is another option and Aquilani is also an offensive player so we have enough people in this position.

You don't need him! hahahaha... kesian incik Voronin.

Keep the faith
YNWA

Thursday, December 3, 2009

Adakah Ruud Van Nistelrooy Jawapan Kepada Ketempangan Bahagian Serangan Liverpool?

Sebagai penyokong Liverpool, aku yakin kamu semua sudah pun mendengar perkhabaran yang berkemungkinan Liverpool akan membeli penyerang baru apabila Transfer Window bakal dibuka semula pada sessi Januari ini.

Dan aku yakin kamu semua pasti sudah mendengar khabar angin yang Rafa Benitez berminat untuk membeli penyerang Arsenal, Eduardo Da Silva atau penyerang kelahiran England yang bermain untuk West Ham, Carlton Cole.

Rafa diberikan budget sekitar £12 juta dan kemungkinan tambahan £3 juta lagi. Harga Eduardo dikatakan bernilai £8-10 juta manakala Cole pula datang dengan nilai £12 juta. Tetapi adakah pembelian mereka ini bertepatan?

Eduardo sering kali memanaskan bangku simpanan Arsenal musim ini. Malah, persembahannya semenjak musim lepas tidak memberangsangkan seperti sebelum Eduardo patah kaki dalam perlawanan menentang Birmingham. Tetapi kadangkala nasib pemain akan berubah apabila beliau berpindah kelab. Mungkin Eduardo akan menjadi lebih baik di bawah kendalian Rafa?

Seterusnya, Carlton Cole. Penyerang yang lahir dari akademi Chelsea ini kini bermain untuk West Ham. Carlton Cole telah pun menjaringkan 7 gol dalam 13 penampilannya dalam liga (stekat artikel ini ditulis) dan suatu persembahan yang agak memberangsangkan buat penyerang yang hanya bermain untuk sebuah kelab kecil. Kemampuannya untuk bermain untuk kelab besar belum pernah diuji dan ini mungkin akan menjadi satu disadvantage buat beliau.

Namun, khabar angin juga bertiup yang Liverpool boleh mendapatkan Ruud Van Nistelrooy, dengan harga yang jauh lebih murah dari kedua penyerang di atas, dengan harga £4 juta sahaja.

Namun adakah pembelian Nistelrooy adalah tepat? Dari segi usia, Nistelrooy adalah pemain yang paling berusia antara mereka. Tetapi, pengalaman Nistelrooy yang pernah beraksi untuk dua gelab besar iaitu Man Utd dan Real "Gila Duit" Madrid bakal membantu untuk dirinya. Malahan, pengalaman beliau dalam peringkat antarabangsa juga bakal menjadikan beliau pembelian paling ideal.

Ada yang berpendapat pembelian Nistelrooy adalah perbuatan yang baik untuk membalas perbuatan Man Utd yang membeli Owen. Tetapi, balas dendam bukanlah tujuan utama ketika ini.

ANALISIS RINGKAS
(analisis di bawah adalah betul & tepat semasa artikel ini ditulis)

Umur

Cole - 26 tahun
Eduardo - 26 tahun
Nistelrooy - 33 tahun


Kelab yang pernah & sedang diwakili

Cole 
Chelsea (32 penampilan/8 gol), Wolverhampton (7 penampilan/1 gol), Charlton City (22 penampilan/5 gol), Aston Villa (30 penampilan/3 gol), West Ham (105 penampilan/28 gol)
Jumlah Keseluruhan = (187 penampilan/40 gol)
Goal Average = 0.214 gol/per game

Eduardo
Dinamo Zagreb (120 penampilan/84 gol), InterZapresic (15 penampilan/10 gol), Arsenal (50 penampilan/18 gol)
Jumlah Keseluruhan = (185 penampilan/113 gol)
Goal Average = 0.611 gol/per game

Nistelrooy
Den Bosch (71 penampilan/20 gol), Heerenven (31 penampilan/13 gol), PSV (91 penampilan/75 gol), Man Utd (219 penampilan/150 gol), Real Madrid (97 penampilan/64 gol)
Jumlah Keseluruhan = (512 penampilan/324 gol)
Goal Average = 0.633 gol/per game


International Caps

Cole
England (6 penampilan/0 gol)

Eduardo
Croatia (28 penampilan/23 gol)

Nistelrooy
Belanda (64 penampilan/33 gol)


Penampilan Dalam Grand Tournament

Cole - Tiada
Eduardo - Tiada
Nistelrooy - FIFA World Cup 2006, Euro 2004 & 2008


Kelebihan

Cole
Badan yang sasa dan fizikal yang mantap, rembatan jarak jauh, selalu menang dalam perebutan

Eduardo
Boleh menanduk walaupun pendek, dribbling yang baik, hantaran kemas

Nistelrooy
Boleh menanduk, Instinct penyerang yang baik (berada di tempat yang betul pada waktu yang betul), bijak menghidu peluang, bijak membaca pergerakan pemain pertahanan lawan


Kelemahan

Cole
Hantaran yang selalu tersasar, sering melakukan kekasaran, sedikit panas baran, tidak konsisten, moral yang lemah

Eduardo
Injury Prone (selalu tercedera), fizikal yang kecil (mudah terjatuh), pihak lawan senang merampas bola dari kakinya, kurang konsisten

Nistelrooy
Tidak mempunyai kepantasan, selalu tunggu di atas dan tidak membantu bahagian midfield, stamina (mungkin sudah kurang memandangkan usianya), rembatan jarak jauh yang kurang baik

Jadi, adakah kamu berpendapat Nistelrooy adalah pilihan yang tepat buat Liverpool?

Jika Rafa betul-betul mahukan khidmat Nistelrooy, Rafa perlulah cepat bertindak kerana Arsenal juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Nistelrooy walaupun Arsenal juga dikaitkan dengan pembelian Marouane Chamakh (Bordeaux), Mario Balotelli (inter Milan) dan Klass Jan Huntelaar (AC Mizal... Err.. AC Milan).

Semoga Rafa menggunakan masa sebulan ini untuk berfikir semasak-masaknya dengan pembelian Januari nanti.

P/S: Penat siot buat kira-kira penampilan dan gol diorang nih.

Sekian. YNWA

Wednesday, December 2, 2009

PENTING: Buat Pembaca Dan Tukang Komen Blog Ini...

Kepada sesiapa yang tidak ade akaun blogger ataupun takut namanya tersiar dalam blog ini, tolonglah jangan komen menggunakan nama 'Anonymous'. 

Sebabnya dashboard blog aku ni macam dah sewel sikit semenjak kebelakangan ini Mana-mana komen yang menggunakan perkataan 'Anonymous' akan di reject secara automatik walaupun aku dah tekan butang publish.

So, bagi tukang komen yang suka menggunkan 'Anonymous' tu, lepas ni kamu letak la apa-apa nama pada bahagian 'Name/URL' tu, tulis nama sahaja tak payah letak apa-apa URL pun. Kemudian barulah kamu semua komen untuk memastikan komen kamu boleh di publish pada bahagian komen.

Bukannya apa, cuma semenjak kebelakangan ini, aku tengok ramai yang komen menggunakan 'Anonymous' dan kadang-kadang ada komen mereka yang baik dan bagus tetapi tidak dapat di publishkan kerana kesewelan dashboard blog aku, semua komen tersebut hilang begitu sahaja.

Kepada tukang komen yang komen menggunkan 'Anonymous', minta maaf banyak-banyaklah kalau apa yang kamu komen tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal tersebut. So, aku harap kamu semua sudilah terus mengomen di blog ini dengan menggunakan sebarang nama ya?

Ok, itu sahaja. Harap maklum.

YNWA
Related Posts with Thumbnails