Fernando Torres (doodle Version)

Fernando Torres (doodle Version)
Thanks to Pert Doherty. Click the picture for link

Thursday, November 5, 2009

Result: 1-1. Laluan Semakin Sukar. Dan Kadang-Kadang Nasib Juga Memainkan Peranannya

INTRO

"I don't want to wake up the next morning in the UEFA Cup."

Itu merupakan salah satu quote paling famous yang Steven Gerrard pernah ungkapkan sepanjang dia menjadi pemain Liverpool. Aku yakin, true fan Liverpool akan ingat quote ini. Quote ini diungkapkan sehari sebelum perlawanan menentang Olympiacos di Anfield untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan UEFA Champions League untuk menentukan siapa akan ke knock-out stage.

Liverpool perlu menang dengan kelebihan dua gol untuk mara. Tamat separuh masa pertama. Liverpool ketinggalan 1-0 hasil tendangan percuma Rivaldo. But, the second half was a magic. Florent Sinama-Pongolle dan Neil Mellor menjadikan kedudukan 2-1. Dan Gerrard menunjukkan kenapa dia perlu menjadi idola peminat Liverpool apabila menjaringkan gol yang membawa mereka ke pusingan seterusnya dan menjuarai kejohanan tersebut mengalahkan AC Milan dalam perlawanan penuh sejarah Liverpool.

Tapi itu dulu. Sekarang bagaimana?

LUAHAN HATI

Ok. Mula-mula aku ingin memohon maaf kerana seolah-olah sudah mengabaikan blog ini. Semenjak kalah ditangan Fulham, aku bagaikan mula malas menulis. Malas mahu buat preview perlawanan menetang Lyon. Apabila Encik Bulus pun sudah menulis preview perlawanan tersebut, aku pun mengambil langkah untuk melihat sahaja blog ini.

Tetapi, tidak gentle la aku kan? Masa menang, bersemangat mahu tulis. Bila kalah, tak kan mahu menikus pula. Tidak Liverpool lah kan? Lagipun, aku pengasas blog ini. Malulah kalau aku tinggalkan blog yang aku buat. Malulah aku meninggalkan anak dan lari tanggungjawab. Malulah aku kalau sudah mengandungkan anak dara orang tapi tak mahu tanggung. Eh? Apa aku melalut ni. Tapi aku belum pernah mengandungkan anak dara orang (Shit! Jauhkanlah dari dosa tu).

VS LYON

Ok. Kembali ke tajuk asal sebelum aku melalut jauh.

Ok. Sila baca kembali quote Steven Gerrrard di atas tadi itu. Apa perasan Gerrard kalau Liverpool terpaksa bermain dalam UEFA Cup? Oh, sekarang sudah tukar nama (sudah tukar ka? - Sathia). menjadi UEFA Ueropa League.

Liverpool turun dengan skuad yang sedikit berbeza menentang Fulham

Reina
Carragher - Kyrgiakos - Agger - Insua
Kuyt - Lucas - Mascherano - Benyoun
Voronin
Torres

Carragher bermain di posisi bek kanan. Mungkin Benitez sudah macam tidak percaya pada Degen dan aku betul-betul rindukan Martin Kelly. Dan..... Voronin masih kekal bermain di posisi Gerrard. Tapi sekurang-kurangnya permainan dia malam ini lebih baik ketika menentang Fulham.

Liverpool mengusai perlawanan. Lyon amat-amat sikit sekali membuat percubaan berbahaya. Pada separuh masa pertama, Torres, Kuyt dan Voronin berjaya membuat percubaan bahaya.... tapi gagal menjaringkan gol.

Percubaan Torres adalah sukar kerana dia diasak oleh dua orang pertahanan Lyon namun masih mampu membuat percubaan ke arah gol namun Lyon, Hugo Lloris, cemerlang menafikan percubaan Torres. Torres bermain dalam kesakitan kerana masih mengalami kecederaan hernia.

Percubaan Kuyt adalah yang terbaik. Sebaik bangun dari jatuhnya, Kuyt terus membuat rembatan ke arah penjuru kiri gol. Namun, Lloris sekali lagi mengecewakan Liverpool.

Voronin mendapat peluang lebih baik dari Torres dan Kuyt. One-on-one situation. Dan bagi aku, Voronin sepatutnya sudah pun menjaringkan gol tetapi... Ah. Kamu faham kan kebolehan Voronin di atas padang. Jadi kamu boleh fikir sendiri.

Lucas juga mendapat peluang paling baik di dalam permainan semalam. One-on-one situation juga. Lucas yang bermain cemerlang dibahagian tengah bagaimanapun gagal menjaringkan gol. Bola yang melantun hasil percubaan Lucas itu disambung pula oleh Kuyt dengan satu bicycle kick namun di tahan oleh Chris.

Ryan Bebal... Maksud aku Babel dimasukkan menggantikan Voronin. Walaupun membuat rembatan melilau pada mulanya, akhirnya Babel menunjukkan kemahiran rembatan jarak jauhnya dengan merembat bola dari jarak 25-kaki dan membolosi gol lawan pada minit 83.

Semua penyokong sudah bersorak. Kemenangan mula tergambar dimata penyokong sehinggalah Lisandro menjaringkan gol pada minit ke-90. Sotirios Kyrgiakos yang bermain cemerlang bergandingan dengan Daniel Agger akhirnya melakukan kesilapan dan memberikan ruang buat Lisandro menjaringkan gol penyamaan buat Lyon.

Bagi aku, Liverpool sudah bermain dengan baik namun nasib tidak menyebelahi Liverpool. Adakah sudah ditakdirkan Liverpool mengalami nasib malang musim ini?

Secara matematik, Liverpool masih boleh melayakkan diri ke knock-out stage jika mengalahkan Debreceni dan Fiorentina dengan syarat Lyon berjaya mengalahkan Fiorentina. Jika Lyon dan Fiorentina hanya berakhir dengan seri, Liverpool perlu menewaskan Fiorentina dengan perbezaan 3 gol.

Mampukah Liverpool? Adakah quote Gerrard akan menjadi kenyataan pada musim ini? Let's pray for the best for our beloved Liverpool.

GALLERY

Liverpool turun dengan jersi putih suci tanpa perkataan Carlsberg

Lisandro yang menghadirkan masalah pada pertahanan Liverpool

Kecewa... Percubaan Torres berjaya ditepis oleh Lloris

Voronin pula mendapat peluang

Voronin kecewa dan sedar yang dia memang patut duduk di bangku simpanan sahaja. Baju pun dah bertukar warna jadi pink

Lucas one-on-one tapi gagal juga

Kuyt sambung percubaan Lucas dengan Bicycle kick namun gagal juga

Torres melancarkan hikmat 18 Tendangan Penunduk Naga ke atas Chris

Babel cuba menjadi penyelamat Liverpool dengan gol jarak jauhnya

Gembira

Babel: Torres!!! Gua score malam ni. Lu tak score pun. Hahahahaha...
Torres: Babi lu. Gol pun sekali-sekala dah berlagak. Picit buah pinggang kau


Pulang ke Anfield dengan kecewa

"Benitez has always pull a rabbit out of a hat in the champions league. But this time, he stuck his hand on the hat and nothing was there. All the moment at Olympiacos, Istanbul and Madrid has all banish after the frustrated drew result at Lyon last night."

- Rashid Salleh, Sport Centre Malaysia Presenter-

7 Komen Merah:

Bulussan said...

Degen takde sebb dia tak disenaraikan dlm skuad CL. Rafa tak register dia.
Kelly injured lak.

gila kecewa dude. aku tak dpt bygkan liverpool main UEFA cup.

Firol said...

keep the faith...takdir je penentu..main selagi belum habis....

lawan fiorentina nanti tengok macamana bergemanya anfield sekali lagi

kisuke-X said...

sbr bro.. ini ujian bg kite sbg fan liverpool.. we alwez behind the kops... behind manager? dont know yet~

INDRA QIRANA said...

yeee baru aku perasan logo calrsberg tak de!! yee tak sabar nak tgk liverpool main kat epl tak der logo tu..patut logo tu serah kat setan merah jer barulah perfect!!

z i z o u said...

yub agre wth u bro!
played well tat nite and unfort
no luck liao!!

sure aku pun x mau Europa Liga beter antaq Kelate saja!

Tp aku dh ulas las time that Reds
sure tkeluar! Bknnya x patriot diriku, cuma felin aft lost to Fioren!

Perjuangan perlu diteruskan!!

aremierulez/Amirul said...

bro indra...
hehehe.... sabar je... next season dah x de logo tu...

kisuke...
behind the kop? of coz
behind manager? 50-50
behind owner? go to hell...

bulus... la, ye ke? awat bodo benar tak register si degen tu?

firol..
haRapnye mcm tu la... biasa kt anfield ni team lawan ade badi sket... hehehe

zizou...
harapnya magic datang sekali lagi buat liverpool dlm ucl ni...

Anonymous said...

Pas ni aku blh gi semayang jumaat pakai baju tu...