Fernando Torres (doodle Version)

Fernando Torres (doodle Version)
Thanks to Pert Doherty. Click the picture for link

Sunday, November 22, 2009

Result: Liverpool 2 - 2 Man City


Aku tak nak ulas sangat pasal game semalam. Kita semua tahu masalah yang dihadapi Liverpool dan berharap ianya akan pergi sooner rather than later.

-

As Paul Tomkins said, "A truly bizarre season. Can we start again, please?"

Can we start again, please?.... Kita semua berharap yang semua matches yang sudah lepas hanyalah pre-season games. Tidak penting pun. Setakat mahu mencuba formasi baru, player baru dan gains match fitness.

Tapi new season dah pun bermula. Liverpool di tangga ke 7 Liga, dah 13 games, dan ketinggalan 13 mata dari leader, Chelsea. Plus with Champions league qualification is hanging by a thread, Irony right? We have some players coming back from injury, than in a split seconds, another player is send to the treatment room. What the fuck is going on? &*%$#æ

-

Back to the game, I'm proud with the lads last night, shows character to fight back until the end. After conceding two goals the team's comeback was fantastic. I couldn't asked for more. A point is better than no point at all. Liverpool terpaksa masukkan Yossi yang tak fully fit menggantikan Babel dan Kyrgiakos untuk Agger. Change of player because of injury can have a great impact on the team performance and tactics. Indeed it is.

Apa yang boleh dilihat dari game semalam, seperti biasa Liverpool kurang creativity di bahagian midfield, dan Ngog tiada killer instinct and touch macam Torres. [Ngog muda lagi, so give him more times to develop] Ah ha, dan juga pertahanan yang ______. Aku tak tau nak letak apa.

City on the other hand, plays very good on the counter attack. Bellamy dan Wright-phillips memang laju. Ireland sebagai arkitek di midfield memang berkesan.

So, kita semua melihat Aquilani dan berharap beliau merupakan jawapan kepada masalah Liverpool di bahagian midfield. Aquilani-Gerrard-Torres. Mouth watering!!! Sehingga game semalam, Liverpool belum dapat menurunkan first 11 yang paling kuat season ni. Macam - macam masalah yang menimpa. I think if we have the chance to use the strongest 1st 11, we can beat anyone and score goals for fun.

Masa untuk fokus kepada CL game against Debrecen in the midweek. Make or break for Liverpool.

Oh, kamu semua mesti dengar apa yang dikatakan commentator and football pundits malam tadi. Sejak kebelakangan ni, Anfield tak bising macam dulu.

Keep the faith
YNWA

Saturday, November 21, 2009

Preview: Liverpool vs Man City


Aku bukan peminat International Break. Tapi kali ini, break datang tepat pada masanya. At least, memberi sedikit ruang untuk player yg injured kembali pulih, tambah fitness, susun strategi, etc. Ada ujian getir minggu ini. Liverpool mahu kembali ke 'winning ways', sama juga Man City yang hanya memenangi 1 perlawanan dari 6 perlawanan yg lepas.

Ada berita baik dari Melwood, Riera and Yossi mungkin boleh beraksi. Ngog, Gerrard and Agger all passed fit for City. Fernando Torres is the only senior star still in the treatment room. Ngog boleh fill tempat beliau. Berikan masa untuk Torres pulih sepenuhnya.

Aku agak gusar memikirkan barisan serangan City, lebih - lebih lagi dengan pertahanan Liverpool yang agak goyah terutama sekali semasa set piece. Ahhh... Tahulah Rafa and co nak buat apa nanti. Yang pasti, we go all out against City and leap them in the table(eventhough they still have one game in hand).

Possible line up:
Reina
Carra - Skrtel - Agger - Insua
Monster Masch - Lucas
Kuyt Gerrard Babel
Ngog

Subs: Cavalieri, Aquilani, El Zhar, Aurelio, Riera, Benayoun, Kyrgiakos

Why start Babel? Riera and Yossi mungkin belum fit tuk main (plus Aquilani perlukan lebih masa utk gain match fitness, against Debrecen will be a perfect opportunity), simpan untuk game against Debrecen lebih baik.

Liverpool win 2 - 0, goal from Ngog and Gerrard.

Keep the Faith
YNWA

Thursday, November 12, 2009

Result: Seri Yang Memalukan. Bila Nak Menang ni?



Seri dengan Birmingham dan ianya memang memalukan. Kenapa aku kata demikian? Kerana David Ngog.

Ya. Agak memalukan apabila David Ngog mengambil keputusan untuk dive untuk menyelamatkan Liverpool.

Mungkin ada sesetengah peminat yang lega dengan keputusan seri dan memanggil aku gila sebab tidak gembira dengan dive Ngog yang akhirnya membuatkan Liverpool satu mata. Bagi aku, menipu adalah lebih pedih dari kalah.

Aku tidak pasti samada Ngog berguru dengan Christiano Ronaldo dalam bahagian diving ni. Sebab mereka bermain dalam kelab bermusuhan. Jadi sangat mustahil dia boleh berguru dengan Ronaldo. Dengan Berbatov? Mungkin tidak juga. Teknik diving ketika menentang CSKA Moscow bukan yang terbaik. Dengan pakar jatuh Drogba? Mungkin kot.

Yes. Denga Pires mungkin. Mereka rakan senegara. Pires yang sering diving ketika mewakili Arsenal. Jadi sah-sah Ngog belajar dari Pires. 



Liverpool memulakan perlawanan dengan rentak juara. Bukan Pertandingan Rentak Juara anjuran RTM itu ya, tapi cara permainan bagai sang juara. Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh Ngog, hasil gerakan cantik gabungan Ngog, Johnson, Kuyt dan Reira.

Albert Reira dan Glen Johson yang baru kembali dari kecederaan bermain dengan cantik sekali. Glen Johnson merupakan pemain paling menonjol sekali dan aku rasa dia memang layak dinobatkan permain terbaik perlawanan.

Begitu juga Reira. Namun begitu, rentak Reira terhenti apabila dia kembali mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa digantikan dengan kapten kesayangan, Steven Gerrard. Gerrard masuk dan mengambil alih armband kapten dari Kuyt. Oh ya. Benni the Jew pun injured juga.

Bagaimanapun, kemasukan Gerrard juga belum cukup untuk memberikan kemenangan untuk Liverpool. Tandukannya hanya mengenai tiang sahaja. Selain itu, Gerrard kelihatan seperti belum cukup fit untuk bermain. Mungkin masih belum reda betul dari kecederaan tersebut.

Akhirnya, Ngog turns from hero to villain when he dives in the penalty box and gave Liverpool a penalty. Bagi aku, Ngog tidak sepatutnya berbuat begitu kerana akan tercalarlah maruah dirinya dan juga kelab kerana perbuatannya. 

Ada yang mempertahankan tindakan Ngog kerana berkata Ngog Dive untuk mengelakkan dia di tackle dan mungkin akan injured. tapi mungkin juga Ngog akan digantung kerana FA akan menyiasat menggunakan video insiden Ngog dan mungkin dia akan digantung. Damn!

Entah lah. Biasa, kalau ada pemain team lain dive, selamba je kita kutuk. Sekarang apabila pemain Liverpool dive dan banyak SMS mengutuk sampai ke telefon aku, baru aku faham apa kesan diving pada peminat bola sepak pula. Rafa juga mengaku yang dia ragu-ragu dengan penalti tersebut dan akan menasihatkan Ngog supaya memberhentikan perbuatan tersebut

Gerrard memang tiada masalah dalam mengambil penalti. Selamba je score.

Gol-gol Birmingham pula... Entahlah. Gol pertama menunjukkan yang Liverpool sudah semestinya lemah dalam mempertahankan gol-gol berdasarkan set-piece dan juga bola tandukan. Skrtel yang semakin teruk tahap permainannya memang tidak mampu berbuat apa.

Gol kedua pula memang sah-sah salah Reina. Kenapalah Reina keluar jauh sangat dari garisan gol. Dia sendiri mengakui yang dia patut tunggu di pintu gol apabila melihat pihak lawan semakin mendekati pintu golnya.

Well, berusaha lagi Liverpool. Perjalanan makin jauh.

Sekian. YNWA.

Thursday, November 5, 2009

Result: 1-1. Laluan Semakin Sukar. Dan Kadang-Kadang Nasib Juga Memainkan Peranannya

INTRO

"I don't want to wake up the next morning in the UEFA Cup."

Itu merupakan salah satu quote paling famous yang Steven Gerrard pernah ungkapkan sepanjang dia menjadi pemain Liverpool. Aku yakin, true fan Liverpool akan ingat quote ini. Quote ini diungkapkan sehari sebelum perlawanan menentang Olympiacos di Anfield untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan UEFA Champions League untuk menentukan siapa akan ke knock-out stage.

Liverpool perlu menang dengan kelebihan dua gol untuk mara. Tamat separuh masa pertama. Liverpool ketinggalan 1-0 hasil tendangan percuma Rivaldo. But, the second half was a magic. Florent Sinama-Pongolle dan Neil Mellor menjadikan kedudukan 2-1. Dan Gerrard menunjukkan kenapa dia perlu menjadi idola peminat Liverpool apabila menjaringkan gol yang membawa mereka ke pusingan seterusnya dan menjuarai kejohanan tersebut mengalahkan AC Milan dalam perlawanan penuh sejarah Liverpool.

Tapi itu dulu. Sekarang bagaimana?

LUAHAN HATI

Ok. Mula-mula aku ingin memohon maaf kerana seolah-olah sudah mengabaikan blog ini. Semenjak kalah ditangan Fulham, aku bagaikan mula malas menulis. Malas mahu buat preview perlawanan menetang Lyon. Apabila Encik Bulus pun sudah menulis preview perlawanan tersebut, aku pun mengambil langkah untuk melihat sahaja blog ini.

Tetapi, tidak gentle la aku kan? Masa menang, bersemangat mahu tulis. Bila kalah, tak kan mahu menikus pula. Tidak Liverpool lah kan? Lagipun, aku pengasas blog ini. Malulah kalau aku tinggalkan blog yang aku buat. Malulah aku meninggalkan anak dan lari tanggungjawab. Malulah aku kalau sudah mengandungkan anak dara orang tapi tak mahu tanggung. Eh? Apa aku melalut ni. Tapi aku belum pernah mengandungkan anak dara orang (Shit! Jauhkanlah dari dosa tu).

VS LYON

Ok. Kembali ke tajuk asal sebelum aku melalut jauh.

Ok. Sila baca kembali quote Steven Gerrrard di atas tadi itu. Apa perasan Gerrard kalau Liverpool terpaksa bermain dalam UEFA Cup? Oh, sekarang sudah tukar nama (sudah tukar ka? - Sathia). menjadi UEFA Ueropa League.

Liverpool turun dengan skuad yang sedikit berbeza menentang Fulham

Reina
Carragher - Kyrgiakos - Agger - Insua
Kuyt - Lucas - Mascherano - Benyoun
Voronin
Torres

Carragher bermain di posisi bek kanan. Mungkin Benitez sudah macam tidak percaya pada Degen dan aku betul-betul rindukan Martin Kelly. Dan..... Voronin masih kekal bermain di posisi Gerrard. Tapi sekurang-kurangnya permainan dia malam ini lebih baik ketika menentang Fulham.

Liverpool mengusai perlawanan. Lyon amat-amat sikit sekali membuat percubaan berbahaya. Pada separuh masa pertama, Torres, Kuyt dan Voronin berjaya membuat percubaan bahaya.... tapi gagal menjaringkan gol.

Percubaan Torres adalah sukar kerana dia diasak oleh dua orang pertahanan Lyon namun masih mampu membuat percubaan ke arah gol namun Lyon, Hugo Lloris, cemerlang menafikan percubaan Torres. Torres bermain dalam kesakitan kerana masih mengalami kecederaan hernia.

Percubaan Kuyt adalah yang terbaik. Sebaik bangun dari jatuhnya, Kuyt terus membuat rembatan ke arah penjuru kiri gol. Namun, Lloris sekali lagi mengecewakan Liverpool.

Voronin mendapat peluang lebih baik dari Torres dan Kuyt. One-on-one situation. Dan bagi aku, Voronin sepatutnya sudah pun menjaringkan gol tetapi... Ah. Kamu faham kan kebolehan Voronin di atas padang. Jadi kamu boleh fikir sendiri.

Lucas juga mendapat peluang paling baik di dalam permainan semalam. One-on-one situation juga. Lucas yang bermain cemerlang dibahagian tengah bagaimanapun gagal menjaringkan gol. Bola yang melantun hasil percubaan Lucas itu disambung pula oleh Kuyt dengan satu bicycle kick namun di tahan oleh Chris.

Ryan Bebal... Maksud aku Babel dimasukkan menggantikan Voronin. Walaupun membuat rembatan melilau pada mulanya, akhirnya Babel menunjukkan kemahiran rembatan jarak jauhnya dengan merembat bola dari jarak 25-kaki dan membolosi gol lawan pada minit 83.

Semua penyokong sudah bersorak. Kemenangan mula tergambar dimata penyokong sehinggalah Lisandro menjaringkan gol pada minit ke-90. Sotirios Kyrgiakos yang bermain cemerlang bergandingan dengan Daniel Agger akhirnya melakukan kesilapan dan memberikan ruang buat Lisandro menjaringkan gol penyamaan buat Lyon.

Bagi aku, Liverpool sudah bermain dengan baik namun nasib tidak menyebelahi Liverpool. Adakah sudah ditakdirkan Liverpool mengalami nasib malang musim ini?

Secara matematik, Liverpool masih boleh melayakkan diri ke knock-out stage jika mengalahkan Debreceni dan Fiorentina dengan syarat Lyon berjaya mengalahkan Fiorentina. Jika Lyon dan Fiorentina hanya berakhir dengan seri, Liverpool perlu menewaskan Fiorentina dengan perbezaan 3 gol.

Mampukah Liverpool? Adakah quote Gerrard akan menjadi kenyataan pada musim ini? Let's pray for the best for our beloved Liverpool.

GALLERY

Liverpool turun dengan jersi putih suci tanpa perkataan Carlsberg

Lisandro yang menghadirkan masalah pada pertahanan Liverpool

Kecewa... Percubaan Torres berjaya ditepis oleh Lloris

Voronin pula mendapat peluang

Voronin kecewa dan sedar yang dia memang patut duduk di bangku simpanan sahaja. Baju pun dah bertukar warna jadi pink

Lucas one-on-one tapi gagal juga

Kuyt sambung percubaan Lucas dengan Bicycle kick namun gagal juga

Torres melancarkan hikmat 18 Tendangan Penunduk Naga ke atas Chris

Babel cuba menjadi penyelamat Liverpool dengan gol jarak jauhnya

Gembira

Babel: Torres!!! Gua score malam ni. Lu tak score pun. Hahahahaha...
Torres: Babi lu. Gol pun sekali-sekala dah berlagak. Picit buah pinggang kau


Pulang ke Anfield dengan kecewa

"Benitez has always pull a rabbit out of a hat in the champions league. But this time, he stuck his hand on the hat and nothing was there. All the moment at Olympiacos, Istanbul and Madrid has all banish after the frustrated drew result at Lyon last night."

- Rashid Salleh, Sport Centre Malaysia Presenter-